SynergisticHerbs.blogspot.com merupakan blog yang cuba melakukan eksplorasi dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman tentang herba.
Perkataan herba mempunyai pelbagai definisi. Didalam kebanyakan
definisi, herba dianggap sebagai ramuan penting dalam penghasilan
ubat-ubatan dan aromaterapi dengan penanamannya khusus untuk tujuan
tersebut. Taman-taman herba banyak diusahakan di Mesir sejak 4000 tahun
dahulu. Penanaman tumbuhan tersebut ketika itu sering berkait rapat
dengan rumah ibadat atau berhala kerana tumbuhan herba dan bunga-bungaan
diperlukan untuk upacara pemujaan dan ritual harian. Ilmu perkebunan
dan botani bermula dengan kajian tumbuhan herba.
Taman-taman yang diusahakan pada asalnya merupakan taman herba. Konsep
dan jenis tanaman herba pada masa kini banyak dipengaruhi oleh budaya
Mesir, Kristian dan Islam. Dikebanyakan negara, tanaman herba diusahakan
samada secara komersial atau sebagai tanaman sampingan, namun lebih
kepada tanaman hiasan berbanding sebagai tanaman utama pada suatu ketika
dahulu..
tumbuhan herba dipelbagai gunakan sebagai bahan masakan atau ubat-ubatan,
pewangi, bahan kosmetik serta tumbuhan yang menghiasi sebahagian taman
bunga. Ilmu pengetahuan herba ini diwarisi secara turun temurun sejak
bertahun lamanya (Brown, 1995). Banyak peperangan dan penaklukan sesuatu negari di zaman dahulu berlaku
hanya kerana ingin memonopoli hasil tanaman tumbuhan tersebut, seperti penjajahan Melaka dan kepulauan-kepulauan Indonesia.
Banyak kajian mengenai herba bukan sahaja dilakukan di pusat-posat penyelidikan negara sedang membangun, malah di negara-negara maju. Kaedah penyelidikan yang maju dan canggih membuatkan tumbuhan herba dikenali ramai, lebih-lebih lagi dengan sokongan teknologi maklumat dan multimedia